Written by Bella | May 4th, 2016

Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dan suaminya Datuk Seri Mohammad Hizal Othman telah sah bercerai pada 20 April lepas. Hizal melafazkan cerai terhadap Sharifah Khasif di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur selepas mereka berdua gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina pada tahun 2012.

Berita ini disahkan sendiri oleh Hizal menerusi ruangan Pancaindera di akhbar Utusan Online hujung minggu lepas.

Ya, kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini. Ini jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya.

Walaubagaimanapun, Hizal menafikan beliau membuat keputusan tersebut mengikut emosinya. Jelas Hizal, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga beliau bersama isteri keduanya itu dan cuba mewujudkan hubungan harmoni antara Sharifah Khasif dan isteri pertama beliau, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof.

Hizal akui beliau terlalu kecewa kerana sudah gagal untuk mempertahankan perkahwinan beliau bersama Sharifah Khasif dan membuat kedua-dua isterinya mempunyai hubungan yang baik.

Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari saya masih mengharapkan keajaiban berlaku tapi malang sekali nampaknya itu tidak berlaku. Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik.

Sharifah Khasif ketika dihubungi media pula berkata, beliau tidak pernah mempunyai hasrat untuk merahsiakan perkara ini kepada umum tetapi masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung status perkahwinannya itu. Namun, beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap jodoh beliau dan Hizal sampai disini sahaja.

Saya tidak bertujuan untuk merahsiakan perkara tersebut tetapi saya dalam keadaan belum bersedia. Kami tiada persefahaman dan jodoh kami tidak panjang. Saya terima takdir Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Bertabahlah Sharifah Khasif, sesungguhnya hidup bermadu itu bukannya mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga. Jangan terus bersedih, anggap ini sebagai dugaan untuk anda menjadi seorang insan yang lebih kuat.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

54 responses to (TAKZIAH) Sukar Hidup Bermadu : Sharifah Khasif Sah Bercerai

  1. Fofooo says:

    Itulah ko Syarifa Khasif , nama je Qari’ tapi mekap tebal macam jembalang , pastu pakai kasut platform heel macam pelakon porno, laki tu ntah-ntah nak ‘rasa’ je sebab ko ngajar anak dia ngaji pakai macam jembalang, lepas dah kena ‘rasa’ ko boleh chow..

    • Anonymous says:

      Hamboi Fofoo

      Seronotnye ko mengata org. kat akhirat nanti ko nk cari SK ni mcmmane.. cakap tu bpada2.. jgn main sembur jer.. Haizz la.kalau x su

  2. Anonymous says:

    Allah punya kuasa…x guna ckp tunding jari.

  3. Anonymous says:

    Madu dia pernah keluar majalah wanita mmg cantik n nmpk muda lg,ada slimming center popular gak slimming center dia,apa pun dah xde jodoh yg pntg pastikan niat tu btl nak kawin sbb apa,bkn sbb org tu berharta je,klu berharta tp bkn suami org xpe gak..

  4. maya karen says:

    pernah berurusan dengan Datin Seri, cukup baik orgnya. lagak x mcm datin pn. si syarifah khasif ni over skit. ms mula kawen dl bkn main up status geli2. x pdn dgn imej. dah amik laki org, low profile la skit. ikut la cara zarina zainuddin tu. even zarina tu pn dl perangai x semenggah tp bab2 ni dia mmg bgs . x over. cukup jg hati madu dia.

    org suh ajr mengaji, ko g tackle laki org. ish2..menyampah aku. tau la org tu kaya. x pe la. ko cerai ni pb confirm dpt kereta mewah and banglo sbjk

  5. anonymous says:

    lelaki nak bermadu ikut sunnah nabi…bab lain tak pulak nak ikut sunnah…memang tak layak nak ikut nabi…dan Allah pun dah cakap kalau mampu berlaku Adil….tapi Allah tau takkan mampu …hanya lelaki beriman dan wanita beriman je boleh idup bermadu ni sbb dugaan amat besar…isteri para Nabi pun cemburu …nikan pulak manusia2 biasa ni…cam ustaz cakap…baik tak usah la bermadu ni…sedap sekejap je selebihnya tanggungjawab….