(TAKZIAH) Sukar Hidup Bermadu : Sharifah Khasif Sah Bercerai

Hiburan

(TAKZIAH) Sukar Hidup Bermadu : Sharifah Khasif Sah Bercerai

Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman dan suaminya Datuk Seri Mohammad Hizal Othman telah sah bercerai pada 20 April lepas. Hizal melafazkan cerai terhadap Sharifah Khasif di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur selepas mereka berdua gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina pada tahun 2012.

Berita ini disahkan sendiri oleh Hizal menerusi ruangan Pancaindera di akhbar Utusan Online hujung minggu lepas.

Advertisement

Ya, kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini. Ini jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya.

Walaubagaimanapun, Hizal menafikan beliau membuat keputusan tersebut mengikut emosinya. Jelas Hizal, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga beliau bersama isteri keduanya itu dan cuba mewujudkan hubungan harmoni antara Sharifah Khasif dan isteri pertama beliau, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof.

Hizal akui beliau terlalu kecewa kerana sudah gagal untuk mempertahankan perkahwinan beliau bersama Sharifah Khasif dan membuat kedua-dua isterinya mempunyai hubungan yang baik.

Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari saya masih mengharapkan keajaiban berlaku tapi malang sekali nampaknya itu tidak berlaku. Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik.

Sharifah Khasif ketika dihubungi media pula berkata, beliau tidak pernah mempunyai hasrat untuk merahsiakan perkara ini kepada umum tetapi masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung status perkahwinannya itu. Namun, beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap jodoh beliau dan Hizal sampai disini sahaja.

Saya tidak bertujuan untuk merahsiakan perkara tersebut tetapi saya dalam keadaan belum bersedia. Kami tiada persefahaman dan jodoh kami tidak panjang. Saya terima takdir Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Bertabahlah Sharifah Khasif, sesungguhnya hidup bermadu itu bukannya mudah kerana banyak hati yang perlu dijaga. Jangan terus bersedih, anggap ini sebagai dugaan untuk anda menjadi seorang insan yang lebih kuat.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...