(TAKZIAH) Suby Bekas Penyampai Radio Meninggal Dunia

Hiburan

(TAKZIAH) Suby Bekas Penyampai Radio Meninggal Dunia

TAKZIAH Bekas penyampai radio Era FM dan Suria FM, Suby atau nama sebenar Subarna Mokhtarudin meninggal dunia semalam pada waktu Zuhur di Hospital Putrajaya.

Melalui temu bual bersama Harian Metro, Isteri Allahyarham Aishah Saironi, 57 berkata suaminya itu menjalani pembedahan buang sebahagian usus sepanjang 1.8 meter jam 3:30 petang sebelumnya itu di hospital tersebut.

Advertisement
suby Sumber : Ketika Allahyarham Suby masih sihat  

Tambahannya lagi, antibiotik kuat yang diberi oleh doktor juga tidak berkesan untuk tubuh Allahyarham Suby dan meninggal dunia pada pukul 1:38 petang hari Ramadan yang pertama.

Sebelum ini dalam laporan Harian Metro, Allahyarham pernah terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan dari Cyberjaya untuk pulang ke rumah di Dengkil pada Ogos yang lalu tetapi tidak diingat oleh Suby apabila ditanya oleh isteri dan anak-anaknya.

Allahyarham juga pernah terlibat dengan satu lagi kemalangan yang menyebabkan sikapnya banyak berubah lalu dimasukkan di Hospital Kuala Lumpur. Doktor memberikan Suby ubat menahan dari muntah dan sakit kepala kerana seringkali mengadu sakit kepala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...