June 19th, 2020

Bekas isteri pendakwah Da’i Farhan iaitu Dr Erin berkongsi perkhabaran duka apabila beliau kini disahkan keguguran selepas hamil dua bulan.

dr erin keguguran

Menerusi pekongsian di laman Instagram, Dr Erin dikatakan redha dengan ketentuan Ilahi dan berharap agar dapat dipertemukan bersama zuriat tersebut di syurga kelak.

Entri berkenaan turut memat naik ucapan yang disampaikan oleh penceramah terkena iaitu Ustaz Duzuki berkenaan zuriat yang gugur. Kandungan itu menjelaskan tentang pemberian nama kepada anak meskipun usia kandungan baru seminggu kerana ia menunggu ibu tersebut di syurga.

dr erin keguguran

Rentetan daripada itu, Dr Erin sempat menamakan anaknya Ahmad Fahrezzi Faisel. Terdahulu, sekitar April lalu, Dr Erin berkongsi berita gembira apabila beliau disahkan berbadan dua.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, usahawan itu mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan yang dirinya telah bercerai bersama Da’i Farhan.

Susulan kejadian, perkara itu seakan menjadi bualan hangat netizen. Hal ini kerana, wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab seolah menyatakan itu merupakan balasan terhadap dirinya dan bekas suami.

dr erin keguguran

Terdahulu, kedua-dua mereka menjadi perhatian ramai apabila Da’I Farhan didakwa berkahwin dengan Dr Erin yang merupakan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Lebih perit, perkahwinan itu juga menyebabkan Da’i Farhan bertindak menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.

Sumber: mStar


5 responses to “(TAKZIAH) Selepas Diceraikan, Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran”

  1. Anonymous says:

    daripada awal dh agak, mengandung tue pun cerita rekaan je…

  2. nip says:

    Memang dah agak keguguran begini endingnya….

  3. G says:

    Kalau keguguran kena pantang ke? Tgk kesana kesini aje..hmm..suspicious sgt..

  4. Anonymous says:

    Dah lah erin just concentrate on bringing up anak2 you yg 8 org tu. Tak payah lagi menagih kasih dari Da’i ker Ustaz ker PU ker bab yg jelas tak ramai lelaki yg nak pikul tanggungjawab jadi bapa tiri pada 8 org anak2 tiri be it dia Da’i atau tidak. Last kurangkan bohong sana sini kurangkan drama. Bila tengok video u cam nak ketawa masa buat umrah nampak Farhan pat cermin lah, jantung dag dig dug lah, tak kenal saper Farhan lah, rindu meluap luap pada seseorang pat sana tapi tak tahu saper lah macam drama last2 ngaku dah kenal Farhan sebelum pegi Umrah. Selalu nya org yg suka cakap bohong dia tak ingat apa yg dia pernah cakap dulu bab tu cerita banyak loopholes.

  5. nana says:

    alamak, mcm2 la cerita fake doctor ni. susah nk percaya betina cerita terbelit3 ni, dia punya belit kalah sinetron indon 234 episode. tak payah kawen la mak cik, sibuk nk peranak pinak, anak yg ada tu didik betul2. focus on quality not quantity.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...