September 10th, 2014

Impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang dimurahkan rezeki dan lebih awal apabila disahkan mengandung pada awal perkahwinan. Namun ada juga yang diberi ujian seperti tidak hamil bertahun-tahun atau mengalami keguguran. Salam takziah Abang Nara ucapkan kepada Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof kerana disahkan mengalami keguguran pada Ramadhan yang lalu. Semoga tabah dengan dugaan ini.

puteri sarah liyana keguguran

Namun Abang Nara respek dengan Puteri Sarah Liyana kerana melihat keguguran ini dari segi positif. Kata isteri Syamsul Yusof ini menerusi Berita Harian:-

Bukan rezeki saya. Insya-Allah saya dan suami akan terus berusaha melahirkan zuriat sendiri. Saya nak minta semua yang baca cerita ini terus mendoakan saya dan suami. Saya tak rasa sedih dengan ujian ini dan saya percaya ada golongan isteri di luar sana yang melalui fasa yang sama.

Ibu saya sendiri pernah melalui fasa yang sama. Katanya lagi, keguguran ini satu proses untuk menguatkan rahim kita. Suami saya sendiri cukup menyokong dan percaya akan ada rezeki kami lagi pada masa mendatang untuk mendapatkan anak.

Keguguran ini sebagai petanda saya boleh mengandung. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi mengandung lepas ini, siapa tahu saya boleh dapat anak kembar pula. Lagipun dalam sejarah ibu dan bapa saya, ada kembar yang dilahirkan.

puteri sarah

Insya Allah murah rezeki dikurniakan anak kembar terus. Mesti meriah kelak. Sama-samalah kita doakan agar Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akan mendapat berita gembira tidak lama lagi. Amin.


Comments are closed.

Loading...