(TAKZIAH) Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Hiburan

(TAKZIAH) Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Pelawak terkenal, Pian daripada kumpulan Cecupak dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi di kediamannya dipercayai akibat mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia.

Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik air oleh ibunya.

Advertisement
Pian CecupakSumber : Google  

Perkara tersebut dimaklumkan oleh adik arwah, Hasenah di mana arwah telah dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan bahawa Pian telah tiada.

Arwah memang ada sakit jantung dan kemungkinan ia menjadi punca kepada asbab kematian. Dia ada masalah jantung sejak tahun 2018 tetapi tidak pernah buat rawatan.

Arwah cuma makan ubat sahaja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah juga memang agak merosot dan selalu mengadu sakit dada.

Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 akibat sesak nafas.

Pian CecupakSumber : Google  

Susulan itu, pelawak berusia 52 tahun difahamkan perlu membuat rawatan angiogram yang mana kos perubatannya mencecah RM5,000.

Jenazah Pian kini diuruskan oleh pihak surau berdekatan kediaman mereka di Taman Dato’ Senu, di ibu kota dan akan dikebumikan pada pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham Pian mula menempa nama dalam industri hiburan menerusi rancangan TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 90-an sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

3 years ago

(TAKZIAH) Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia Akibat Kanser Usus Pada Usia 53 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...