(TAKZIAH) Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Hembus Nafas Terakhir Ketika Azan Maghrib

Hiburan

(TAKZIAH) Pelakon Veteran Datuk Zulkifli Zain Hembus Nafas Terakhir Ketika Azan Maghrib

Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun pada tanggal 5 September 2020.

Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar dan bapa kepada aktres Norzizi Zulkifli telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.

Advertisement

Berita tersebut telah disahkan oleh anaknya Zazleen Zulkifli yang ditemui media, semalam.

“Insyallah, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Zohor,”

Menurut Zazleen, arwah sebelum ini menghidap penyakit angin ahmar, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Dia turut meminta orang ramai di luar sana supaya mendoakan kesejahteraan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Mengimbas kembali, pada Mac lalu, pelakon veteran itu sebelum ini berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak. Allahyarham juga pernah diserang angin ahmar pada tahun 2016. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Zulkifli Zain.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...