Dukacita dimaklumkan bahawa pelakon Abu Bakar Omar dikhabarkan telah meninggal dunia pada pagi tadi di Kedah Medical Central selepas didapati mengalami masalah jantung.
Anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar berkata, arwah tidak mempunyai apa-apa penyakit kronik namun bapanya ada mengadu berasa penat dua hari yang lalu.
“Bapa saya sudah kembali ke rahmatullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Dia tidak mempunyai sebarang penyakit. Dua hari lalu, dia mengadu macam penat sikit-sikit tapi masih okay. Malam tadi masa pergi ke hospital pun boleh bersembang lagi. Tapi masa jalani pemeriksaan doktor malam tadi, doktor nampak macam ada masalah jantung.”
Salam takziah buat keluarga.