Rasanya pasti semua pernah menonton sitkom komedi lagenda Spanar Jaya yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Dilaporkan salah seorang barisan pelakon sitkom tersebut, pelawak veteran Ramasundran Rengan yang terkenal dengan watak Rajoo dalam rancangan komedi itu telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi, Rabu lalu.
![Spanar Jaya](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2021/05/26112459/hqdefault.jpeg)
Berita duka itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menerusi perkongsian di Facebook persatuan itu.
“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat dedikasi dan komited dengan kerja. Rama telah meninggal dunia antara pukul 2 hingga 2.30 pagi tadi. Beliau mengalami bengkak kaki dan di bawa ke bahagian kecemasan pukul 12 pagi, sejam kemudian doktor mengesahkan Rama telah tiada.”
Difahamkan mendiang Rama turut menghidap penyakit jantung dan pemergiannya pasti meninggalkan kenangan manis buat peminat sitkom tersebut.
![Spanar Jaya](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2021/05/26112526/str2_zaibo_spanarjaya_tbkho-e1537959916306.jpeg)
Berita tersebut turut mendapat perhatian beberapa rakan artis seperti Sheila Mambo yang menyifatkan Rama sebagai seorang sahabat yang baik dan berbudi bahasa.
Sekadar info, mendiang Ramasundran mula dikenali namanya menerusi sitkom terkenal Spanar Jaya dan juga Jangan Ketawa pada tahun 1999.