September 30th, 2020

Mendedahkan dirinya langsung tidak menyangka bahawa temu janji berjumpa doktor untuk melihat bayi dalam kandungannya berakhir dengan berita pilu, pelakon Putri Najuwa akui sedih selepas beliau disahkan mengalami keguguran.

(TAKZIAH) Pelakon Putri Najuwa Keguguran Selepas 3 Tahun Berkahwin

Menurutnya, jantung bayi dalam kandungannya yang berusia lapan minggu itu khabarnya terhenti dan sudah lagi tidak membesar sejak dua minggu lalu.

“Sepatutnya ia merupakan temu janji yang teruja untuk saya melihat jantung si kecil pada usia lapan minggu. Tapi saya lihat baby kelihatan sama sahaja ketika ia berusia enam minggu.”

Katanya lagi, berita itu juga seakan memberi kesan yang sangat mendalam terdahap dirinya.

“Doktor kata janin dah berhenti membesar dan saya mengalami keguguran. Ketika itu saya rasa seperti hati saya dirobek. Ia tidak boleh terluah dengan kata-kata apa yang saya rasa. Ini ketentuan dari Allah.”

Kenyataan itu dikongsi sendiri oleh Najuwa menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

(TAKZIAH) Pelakon Putri Najuwa Keguguran Selepas 3 Tahun Berkahwin

Ujar Najuwa, keadaannya kini difahamkan makin stabil dan sedang berehat di kediamannya, malah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat kaum keluarganya yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya dan berada di sampingnya sentiasa.

“Tolong doakan kami. Selamat tinggal baby. Hingga kita berjumpa lagi. Saya okay dan berehat di rumah sekarang. Saya bertuah kerana mempunyai keluarga dan rakan yang memberi kekuatan, kegembiraan dan kasih sayang. Terima kasih kerana bersama saya.”

Sekadar informasi, Najuwa sebelum ini telah sah menjadi isteri kepada Zaid Samsuri dengan dua kali lafaz pada 23 September 2017 di The Glades Clubhouse, Putra Height, Selangor.


4 responses to “(TAKZIAH) Pelakon Putri Najuwa Keguguran Selepas 3 Tahun Berkahwin”

  1. Anonymousjugak says:

    Takziah…cuma nak ckp lawa Najwa dah kurus muka jadi macam Jue Evans…semoga tabah

  2. Anonymous says:

    Bukan jantung baby start 4 bulan ke? Takkan 6 minggu dah ada degupan jantung.

    • Anonymous says:

      awak dari skolah mana cakap jantung baby start degup 4 bulan? sila google sikit kalau yer pun. seawal 6 minggu dah boleh dengar degupan jantung. adoiiii….

  3. Anonymous says:

    Salam takziah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...