Industri seni sekali lagi dikejutkan apabila pelakon terkenal, Badrul Muhayat dikhabarkan telah meninggal dunia di salah satu homestay di Pulau Pinang pada Sabtu pagi.
Berita duka itu telah disahkan oleh rakan artisnya, Anne Abdullah melalui hantaran di Instagram dan di Facebook. Menurutnya, Badrul berada di Pulau Pinang oleh kerana menyertai sebuah karnival. Namun, apabila dikejutkan bangun oleh isteri arwah pagi tadi, Badrul tidak lagi sedarkan diri.
Sekarang ini mereka berada di homestay sedang tunggu isterinya membuat laporan.
View this post on Instagram
Tambah Anne, punca kematian pelakon berumur 55 tahun ini belum lagi diketahui. Ada kemungkinan pelakon ini terlampau penat berniaga di karnival hingga menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya arwah ada insurans, dia akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Namun jika tidak, jenazah akan terus dibawa ke Johor untuk dikebumikan.
Buat masa kini, jenazah masih lagi berada di Pulau Pinang sehingga tindakan lanjut diambil oleh pihak bertanggungjawab.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel terkini pada pautan di bawah.