Baru saja bertolak pulang ke Kuala Lumpur kerana komitmen kerja, pelakon Zizan Razak terkilan kerana tidak dapat bersama neneknya, Allahyarhamah Zainoon Abdullah yang meninggal dunia hari ini jam 11.57 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Zizan sendiri di ruangan Instagram miliknya sebentar tadi.
Dalam pada itu, Zizan sebelum ini ada memuat naik foto menunjukkan dia berada di samping neneknya semalam sebelum pulang ke Kuala Lumpur jam 2.28 pagi atas komitmen kerja.
“Al-fatihah buat Zainoon Binti Abdullah yang baru saja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 am tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya #alfatihah”
Zizan sebelum ini pernah memberitahu bahawa neneknya itu menghidap kanser. Takziah diucapkan kepada Zizan sekeluarga atas pemergian nenek tercinta. Al-Fatihah.