(TAKZIAH) Mamat Khalid Meninggal Dunia Lewat Malam Tadi

Hiburan

(TAKZIAH) Mamat Khalid Meninggal Dunia Lewat Malam Tadi

Pengarah dan juga penerbit terkenal, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia, lewat tengah malam tadi.

Shuib Sepahtu
3 years ago

Artis Wanita Popular Cuba Mendekati Lepas Kehilangan Isteri, Shuib Tampil Nafi Dakwaan Tidak Berasas

Advertisement

Berita duka itu dimaklumkan oleh seorang Pembantu Perubatan, Din Dressa menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya untuk pengetahuan netizen.

Mamat KhalidSumber : Google  

Menerusi hantaran itu, Mamat Khalid yang berusia 58 tahun telah dikejarkan ke Hospital Slim River, Perak sekitar tengah malam.

Perkara tersebut juga telah disahkan Setiausaha Agung Persatuan Senima, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Ujar Hafiz, arwah telah pengsan di restoran miliknya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital lalu meninggal dunia.

Sebab kematian dilaporkan adalah kerana serangan jantung secara tiba-tiba.

Sekadar info, Allahyarham Mamat Khalid pernah menerbit dan mengarah filem-filem komedi popular seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisa, Rock dan juga Hantu Kak Limah.

Al-Fatihah dan takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Mamat Khalid di atas pemergian ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...