August 5th, 2020

Satu letupan besar telah menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan pada Selasa lalu sehingga mengorbankan ramai penduduk di sana, kejadian itu juga turut mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah penduduk di Malaysia.

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

Letupan dipercayai berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan berkenaa, malah kesannya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Biarpun begitu, kejadian itu bagaimanapun telah memberi kesan mendalam buat teman lelaki usahawan sensasi Nur Sajat iaitu Jadoos yang berasal dari negara tersebut.

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

Lebih perit, Sajat memaklumkan bapa saudara Jadoos antara yang terkorban dalam nahas kejadian.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sajat menerusi ruangan komen di laman Instagramnya.

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

“Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian.”

Terdahulu, tular di media sosial berikutan rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

Malah, kejadian itu juga seakan kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.

Bagaimanapun sehingga kini, kebanyakan daripada mereka menyangkakan kejadian berpunca daripada gegaran kuat gempa bumi.


One response to “(TAKZIAH) Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban”

  1. Anonymous says:

    Bapak saudara teman lelaki kau tu. Kau nak tunggu turn kau pulak ke baru nak mengaku jantan, sajat? kalau turn kau nanti x sempat dah…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...