Setiap kali ada orang meninggal dunia, pasti akan ada poster hitam yang memenuhi ruangan media sosial sebagai tanda penghormatan. Namun, sering kali ada situasi di mana kita terlepas peluang untuk membuat poster takziah dengan segera.
Seorang pengguna Threads, @abualif120, berkongsi mengenai projek terbaharunya yang dikenali sebagai TAKZIAH. Laman web ini dicipta khusus untuk memudahkan pengguna membuat poster takziah dengan cepat dan mudah bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.

Dulu pernah ahli keluarga meninggal. Tak sempat buat. Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Masa itu menggelabah nak buka Canva dan nak cari gambar.
Perkongsian ini mendapat sambutan positif daripada netizen yang mengucapkan terima kasih atas inisiatif tersebut. Ramai yang berpendapat bahawa laman web ini sangat bermanfaat dan memberi kemudahan terutama di saat-saat yang penuh dengan kesedihan dan kekeliruan.

Beberapa netizen juga memberi cadangan kecil untuk menambah baik lagi laman web ini, seperti menambah pilihan template dan gambar yang lebih banyak.
“Semoga projek kecil ini dapat digunakan sebaiknya,” harapan @abualif120, sambil mendoakan agar laman web TAKZIAH ini memberi manfaat kepada semua yang memerlukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
