(TAKZIAH) Lagenda Pengulas Sukan Negara, Haji Zulkarnain Hassan Meninggal Dunia

Trending

(TAKZIAH) Lagenda Pengulas Sukan Negara, Haji Zulkarnain Hassan Meninggal Dunia

Bekas pengulas sukan legenda negara, Haji Zulkarnain Hassan kini difahamkan telah meninggal dunia.

Haji Zulkarnain Hassan meninggal dunia

Advertisement

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Astro Gempak, Zulkarnain sebelum ini dikenali sebagai pengulas sukan bola sepak lagenda antaranya menerusi perlawanan Kelayakan Pra-Olimpik pada tahun 1980.

Selain itu, bagi menginspirasikan kredibiliti Allahyarham, filem pecah panggung Ola Bola turut memahat adegan seakan ulasannya menerusi watak yang dibawakan oleh pelakon tersohor tanah air Bront Palarae.

Tidak lupa, Allahyarham juga turut terkenal dengan ulasan popularnya “dapat kepada Hasan, masih lagi Hassan, cucuk Hassan, kembali James, peluang untuk James! James! Gol!”.

Terdahulu, sekitar tahun 2016, pihak MeleTOP telah memberikan Anugerah Khas MeleTOP kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

Anugerah itu disampaikan sendiri oleh rakan lamanya iaitu, pelakon lagenda Datuk Rahim Razali.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...