September 3rd, 2020

Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada Khamis akibat terjatuh dari katil di rumahnya di Pandan Indah, Selangor.

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, Salman Al Farisi tampil memaklumkan berita duka itu kepada umum apabila Allahyarham Kumin dalam keadaan baik sebelum terjatuh dan tak sedarkan diri.

“Kami baru mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi dan dalam perjalanan ke rumah sewanya untuk menguruskan jenazah. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar.”

Terdahulu, selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang.sekitar sekitar Ogos lalu, Kumin telah dimasukkan ke hospital.

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat Pandan Indah.

Kumin pernah popular sebagai penyanyi duo KU2 namun kemudiannya memberikan tumpuan untuk kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi. KU2 juga turut dianggotai Allahyarham Bob Kuman dan Husni Mohd Rawi.

Sumber: mStar


2 responses to “(TAKZIAH) Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil”

  1. mishell says:

    please lah takkan nama sebenar arwah takde kot? penulis standard ape ni! nah penulis, nama dia: Khuzami Ismail

  2. Anonymous says:

    Allahyarham Bob Kuman dengan Husni Mohd Rawi tu bukan orang sama ke? Nak jadi penulis cari la info betul2. Apo punya penulis daaaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...