(TAKZIAH) Selebriti media sosial, King Coco berkongsi berita duka dimana ibunya, Fatimah Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin, semalam.
Menurut King Coco atau nama sebenarnya ialah Marshaira Ismail, dia agak terkilan dengan pemergian ibunya kerana merasakan dirinya masih tidak banyak berbakti buat arwah selama ini.
Mama kenapa pergi. I still need you. Maaa, I owe you so much Maa. Tak sempat nak bayar apa-apa pun. Tak cukup bayar lagi maa.
Kenapa pergi? Kata nak bercuti sama? Kata nak pindah duduk dengan adik. Mama tipu, mama tinggal adik.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang juga, King Coco turut memberitahu dia akan cuba sedaya upaya untuk mencari kekuatan bagi meneruskan kehidupan seperti biasa dengan ketiadaan ibunya.
Namun, dia turut berkata dia akan tetap meneruskan misinya untuk membantu individu atau isi rumah yang terkesan semasa wabak COVID-19 melanda di negara ini.