Takziah kepada Jojie iaitu kakak dan juga pengurus kepada Ratu Rock Malaysia, Ella yang telah keguguran sewaktu kandungannya berusia 3 bulan.
Suami Jojie, Syahrizal Ismail mengesahkan perkara tersebut kepada media dan menganggap mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.
Untuk pengetahuan anda, Jojie sekarang berusia 50 tahun dan bernikah dengan Syah yang 14 tahun lebih muda daripadanya pada 5 Jun 2015.
Kandungan ketika itu belum sampai tiba bulan. Belum ada rezeki tapi insyaAllah akan datang. Doakan yang terbaik. Akan usaha lagi, insyaAllah.
Semoga Jojie dan Syah menghadapi dugaan Allah SWT ini dengan tabah dan tenang. InshaAllah, faktor umur bukan penentu segalanya kerana rezeki terletak di tangan Allah SWT. Teruskan berdoa dan jangan putus asa.