Terkini, dunia hiburan digemparkan dengan berita kehilangan seorang pelakon veteran yang berbakat, Jaafar Onn pada pagi Rabu.
Disahkan oleh rakan baik
Allahyarham dikatakan telah menghembus nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun. Bukan itu sahaja, berita ini juga telah disahkan oleh penyanyi sekaligus rakan baik kepada Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendengar khabar itu daripada anak angkat Allahyarham sendiri iaitu Hanif.
Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.
Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.
Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana.
Terdahulu, Jaafar Onn dikejarkan ke Hospital Serdang pada tengah malam Selasa dan dimasukkan ke zon kritikal di wad kecemasan di hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan ketika membuang air besar.