Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAKZIAH) Isteri Pelakon Fazreen Rafi Keguguran Ketika 10 Minggu Hamil

Fazreen Rafi

Pelakon Fazreen Rafi memaklumkan berita duka di mana isterinya, Syarifah Marlina Ashikin,35, telah mengalami keguguran ketika kandungan berusia 10 minggu.

View this post on Instagram

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi)

Advertisement

Menganggap kehamilan itu sebagai bukan rezeki menyebelahi mereka berdua, Fazreen memberitahu bahawa keadaan isterinya kini stabil dan sedang menjalani tempoh berpantang.

Menurut pelakon drama Titian Takdir ini lagi, dia dan isteri telah menjalani pemeriksaan denyutan jantung bayi dalam kandungan sebelum menerima berita sedih itu.

“Kami ke klinik seperti yang dijadualkan untuk membuat pemeriksaan degupan jantung bayi. Apabila doktor tak dapat kesan degupan jantungnya, kami diminta untuk bertemu pakar dan di situ, kami dimaklumkan mengenai berita ini.”

Tambah Fazreen, ini merupakan kali ketiga isterinya berdepan situasi tersebut dan pernah mengikat saluran peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).

View this post on Instagram

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi)

Jelasnya, mereka pernah keguguran sebanyak dua kali ketika awal perkahwinan sebelum mengambil anak angkat iaitu Mohd Rizqin Qayyum yang kini berusia 9 tahun.

Kemudian pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohd Rizqin Quwais,7, Rizqeen Humaira,6, dan Mohd Rizqin Haqq, 3 tahun.

View this post on Instagram

A post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi)

Fazreen dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011 yang lalu turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusan buat isterinya yang kini sedang berehat di rumah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top