(TAKZIAH) Isteri David Arumugam Meninggal Dunia Akibat Kanser

Hiburan

(TAKZIAH) Isteri David Arumugam Meninggal Dunia Akibat Kanser

Isteri kepada penyanyi kumpulan Alleycats iaitu Datuk David Arumugam iaitu Datin Sabrina Clydes dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis, lapor mStar Online.

Pemergian itu turut dimaklumkan Datuk DJ Dave selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT).

Advertisement
David Arumugam wifeSumber : Google  

Difahamkan, mendiang yang berusia 65 tahun telah menghidap penyakit kanser sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya ada terima panggilan telefon daripada David pagi tadi memaklumkan isterinya telah meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi. Apa yang saya tahu isterinya menghidap kanser sejak 4 tahun lalu.

Sekadar info, penyanyi lagu popular Andainya Aku Pergi Dulu ini juga telah kehilangan adiknya yang juga anggota kumpulan Alleycats iaitu Loganathan Arumugam akibat kanser paru-paru pada tahun 2007.

Takziah diucapkan kepada Datuk David Arumugam di atas pemergian isteri tercinta.

Gmie Screen
2 years ago

(TAKZIAH) Gmie Screen Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang Berlubang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...