Selepas dikejutkan dengan berita Elyana dan isteri Nubhan AF keguguran, baru-baru ini isteri kepada penyanyi Black Hanifah turut diuji dengan perkara yang sama.
Black menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan isterina, Cira keguguran anak kedua mereka pada hari Jumaat minggu lepas. Cira dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya, sebelum doktor memaklumkan kandungan yang berusia 12 minggu tidak dapat diselamatkan.
I will always be there until jannah…xde rezeki kita..ujian ini bermakna allah sayang kat kita.
Walaubagaimanapun, Black redha dengan ketentuan Allah SWT dan sentiasa akan berada di sisi Cira disaat sedih ini.
tq so much kepada semua yg mendoakan dan memberi nasihat…semoga anda semua juga selalu sihat dan jaga kesihatan ye..kami redha di atas apa sahaja halangan dan dugaan dr Allah s.w.t..ada hikmah diebalik setiap dugaan..kami mengharapkan doa anda semua meminta kebaikan,kesihatan,kemuliaan didunia dan akhirat kami nanti.
Takziah kami ucapkan buat Black dan isterinya, percayalah setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu. Semoga anda berdua kekal tabah dengan dugaan ini.