(TAKZIAH) Ibu Ratu Rock Ella Aminuddin Meninggal Dunia

Hiburan

(TAKZIAH) Ibu Ratu Rock Ella Aminuddin Meninggal Dunia

Ratu rock negara, Ella Aminuddin dilaporkan telah kehilangan ibu tersayang, Yang Asmah Long pada awal pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

Advertisement

Berita duka tersebut dikongsikan admin menerusi sebuah hantaran di Instagram milik penyanyi itu.

“Salam sejahtera. Buat makluman dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.”

Dalam entri tersebut dipohon juga doa daripada peminat serta netizen agar didoakan allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga artis tampil mengucapkan takziah kepada Ella dan keluarga.

BeautifulNara juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Ella Aminuddin, semoga roh ibu kesayangan dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...