Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAKZIAH) Ibu Radin Era Meninggal Dunia Kerana Komplikasi Penyakit

Ibu kepada penyampai radio Era FM, Radin dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.25 pagi tadi di kediamannya di Ipoh, Perak.

Radin EraSumber : Instagram Radin Era  

Berita duka itu diumumkan Radin, atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi menerusi satu hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Difahamkan jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini bertempat di tanah perkuburan Islam Taman Meru, Ipoh.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

 

Advertisement

“Assalamualaikum wby. Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H..”

Allahyarhamah yang berumur 67 tahun juga dikhabarkan sudah lama menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen.

Salam takziah diucapkan kepada Radin sekeluarga, semoga arwah ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang diredhai Allah dan beriman.

SUMBER : Instagram Radin Era
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top