(TAKZIAH) Ibu Najib Razak, Tun Rahah Kini Disahkan Meninggal Dunia

Trending

(TAKZIAH) Ibu Najib Razak, Tun Rahah Kini Disahkan Meninggal Dunia

Isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tun Rahah Mohamed Noah yang berusia 87 tahun ini disahkan telah meninggal dunia di hospital swasta, hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak menerusi sebuah muat naik di laman Facebook miliknya.

Advertisement

“Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini.”

Menurut laporan Harian Metro, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah semalam.

Advertisement

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Terdahulu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga antara yang sempat menziarahi Allahyarham.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...