May 30th, 2015

Setelah hampir 3 bulan diserang penyakit angin ahmar, ibu kepada pelakon Johan As’ari, Datin Firdaus Abdul Kader telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu. Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah. Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah Allahyarhamah telah dimandikan dan dikafankan di Institut Kanser Negara  dan selepas itu dibawa pulang ke rumah dan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat asar.

Allahyarhamah telah diserang penyakit angin ahmar ketika sedang berehat di kediamannya di Subang Jaya dan dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan susulan.

Johan dalam satu kenyataan sebelum ini mengesahkan ibu beliau menderita kanser tulang peringkat empat dan dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya sejak tiga minggu lalu.

Takziah kepada keluarga Johan As’ari, semoga roh Datin Firdaus Abdul Kader dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...