Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

[Takziah] Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia Setelah Rebah Dalam Bilik Air, “Genap Setahun Pemergian Arwah Bapa Mertua, Harini Ibu Mertua Pula Menyusul..”

Penyanyi Ezad Lazim baru-baru telah berkongsi sebuah berita sedih mengenai kehilangan ibunya, Rosadah Jahaya yang meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi pada hari jumaat yang lalu.

Arwah ibunya dikatakan telah rebah di dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi hari berkenaan.

Advertisement

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, sama sekali tidak menyangka akan menghadapi pemergian ibu tersayang hanya sehari selepas mengenangkan kehilangan arwah bapanya setahun yang lalu.

View this post on Instagram

Ibu saya rosadah bt jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini…. mohon doakan yang terbaik buat arwah ibu saya ….. #rindumak #alfatihah @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters @sobijak_school_wear @ezamani_official @ezadlazimlovers_indonesia

A post shared by Mohd Rohaizad Mohamad Lazim (@ezadlazim) on

“Ibu saya Rosadah Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini. Mohon doakan yang terbaik untuk arwah ibu saya, Al-Fatihah. Ya Allah, mak.. bangchik balik ni.Baru semalam (khamis) kita kenang pemergian arwah abah dah setahun. hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita,”

Advertisement

Ezad memaklumkan berita sedih itu menerusi ruangan laman Facebooknya pada jumaat lalu.

View this post on Instagram

Ya Allah …pagi ni subuh teringat sangat kat mak….selalu mak duk marah kalau bangchik duk bangun lambat sembahyang…hari ini bangun mak dah tak ada….tak ada lagi kelibat mak duk cuci sangkar kucing…siram pokok bunga…..rindunya bangchik dengan mak….? …Tuhan saja yang tahu perasaan rindu dan sedih ini…terasa kehilangan yang sangat besar….. al fatihah….kami anak anak sentiasa akan doakan kesejahteraan mak di sana…??…. #saatkuterjagasemuatelahtiada #terasakehilanganmu @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters @sobijak_school_wear @ezamani_official @ezadlazimlovers_indonesia

A post shared by Mohd Rohaizad Mohamad Lazim (@ezadlazim) on

 Peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi lagu Luahan Cintaku itu rata-rata berkongsi rasa sedih dan mengucapkan takziah di atas pemergian ibu tercinta.

Menurut isteri Ezad, Zeana Ramli ketika ditemui turut memberitahu bahawa ibu mertuanya itu sebelum ini mempunyai penyakit darah tinggi. Jenazah ibu mertuanya itu dilaporkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda sejurus selepas solat asar pada hari yang sama.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Armadan Hamdan

    August 8, 2020 at 6:53 pm

    AL-FATIHAH

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top