(TAKZIAH) Ibu Datuk Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Hiburan

(TAKZIAH) Ibu Datuk Aaron Aziz Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Datuk Aaron Aziz dilaporkan telah kehilangan ibu tercinta, Alahyarham Juriana Jaafar yang meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam.

Difahamkan ibu kepada pelakon itu telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura setelah beberapa hari menerima rawatan.

Advertisement

Berita sedih itu telah dikongsi sendiri oleh Aaron menerusi ruangan Instagram dan Facebook apabila dia memuat naik sebuah video ringkas berlatarbelakangkan kawasan tanah perkuburan dipercayai lokasi ibunya dikebumikan.

“Hujan rahmat daripadamu Ya Allah, sebaik saha kami kebumikan bonda tercinta kami. Jadilah, ini tandanya bonda ku dah diampunkan dan ringankanlah alam barzakhnya sehingga kami bertemu lagi di Jannahtul Firdausi. Insyallah. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di hospital. Malah terima kasih juga di atas segala doa-doa kalian,”

Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis merakamkan ucapan takziah kepada Aaron Aziz dan keluarga dan turut meminta pelakon itu supaya sentiasa tabah menghadapi ujian Allah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...