Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAKZIAH) Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia Kerana Uzur, Pagi Ini

Jamali Shadat

Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat,78, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi, hari ini.

Jamali ShadatSumber : Harian Metro  

Berita duka ini diumumkan cucu kepada Allahyarham Jamali Shadat, Isyraq Ariff Zalull Ariff,31, kepada Harian Metro.

Advertisement

Terdahulu, Jamali Shadat difahamkan semakin uzur dan tidak mampu berjalan serta kurang makan dan minum setelah kehilangan isterinya sejak tahun 2018 yang lalu.

Difahamkan pelawak yang terkenal dengan kebolehan mengubah suara itu amat terkesan dengan pemergian isteri, Lela Yacob yang meninggal dunia kerana penyakit angin ahmar sehingga menyebabkan kemurungan.

Jamali ShadatSumber : Utusan Malaysia  

Menurut Isyraq, pemergian datuknya itu telah disahkan oleh doktor perubatan yang merawat dan urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini, arwah pernah menghidap angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga sembuh.

Advertisement

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk. Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ. Selepas itu, dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya Fauzi dan mereka menjaganya..”

 

Jamali ShadatSumber : Vanilla Daily  

Sekadar info, Allahyarham Jamali Shadat dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor. Arwah mempunyai lapan anak dan 39 cucu secara keseluruhan. Pada zaman popular beliau sangat dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama atuknya.

Takziah diucapkan buat keluarga dan sanak saudara di atas pemergian Datuk Jamali Shadat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top