Bapa kepada adik-beradik penyanyi popular, Ziana Zain dan Anuar Zain, iaitu Zain Abdullah, dilaporkan telah meninggal dunia.
Difahamkan, Zain, 87, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Menerusi muat naik di Instagram, @anuarzainnetwork, yang merupakan pengurusan rasmi Anuar, turut berkongsi berita sedih ini kepada peminat.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.
Untuk rekod, Zain merupakan pesara polis dan pernah terbabit dalam kugiran pasukan beruniform. Beliau juga dikenali sebagai tunjang belakang dalam permulaan kerjaya seni Ziana dan Anuar, menyokong mereka sejak awal perjalanan seni masing-masing.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.