(TAKZIAH) Bapa Pereka Fesyen Rizman Nordin Meninggal Dunia Ketika Tidur, Khamis Lalu

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Pereka Fesyen Rizman Nordin Meninggal Dunia Ketika Tidur, Khamis Lalu

Salam takziah diucapkan buat pereka fesyen terkenal negara, Rizman Nordin yang kehilangan bapanya difahamkan meninggal dunia ketika sedang tidur pada Khamis lalu.

Rizman Nordin dan keluargaSumber : Instagram Rizman Nordin  

Khabar duka itu diumumkan Rizman menerusi akaun Instagramnnya untuk perkongsian bersama peminat.

Advertisement

Rizman yang baru sahaja memperoleh cahaya mata perempuan pertama hasil perkahwinannya bersama Nurida Suraya itu turut menitipkan ucapan perpisahan buat bapa kesayangannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)

“Ayah saya Nordin baru saja dijemput Illahi. Alhamdullilah..baba pergi dengan tenang dalam tidur sepertimana janjinya dengan Allah. Man doakan semoga baba berada di dalam lindungan Allah, diampunkan segala dosa didunia dan diakhirat.”

Hantaran duka itu kemudiannya dihujani ucapan takziah daripada peminat dan juga rakan artis seperti Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by rizman nordin (@rizman.n)

Takziah diucapkan buat Rizman Nordin dan keluarga di atas pemergian bapa tercinta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rizman Nordin

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...