Pelawak kumpulan Bocey, Achey mengumumkan bahawa dia telah kehilangan bapa tersayang apabila telah disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, lewat malam semalam.
Khabar duka tersebut dikhabarkan sendiri oleh pelawak tersebut menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagramnya kira-kira jam 11 malam, khamis lalu.
Dia yang dihubungi media berkata, bapanya merupakan seorang insan yang sangat baik dan bertanggungjawab ketika hayatnya.
View this post on Instagram
“Abah adalah seorang yang sangat-sangat bertanggungjawab dan sangat baik. Abah, baik..abah baik.” ujarnya dalam nada sebak.
Dalam pada itu, Achey yang kini sedang terlibat dalam program Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan Mashuk sempat mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta sahabat media sosial yang tidak putus-putus mengucapkan takziah.
View this post on Instagram
Terdahulu, Achey turut kehilangan bapa mentuanya ketika sedang bertanding dalam program lawak berkenaan.
Takziah diucapkan buat Achey sekeluarga di atas kehilangan insan tersayang.