Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Pelakon Ummi Nazeera Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Penyakit Kronik

Bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, Zainul Abadin Mat Akhir,69, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah Pusat Perubatan Ampang Puteri pada hari Jumaat yang lalu.

Ummi telah berkongsikan berita duka itu menerusi laman sosial Instagramnnya pada petang semalam sebaik sahaja pengebumian arwah bapanya itu selesai.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Innalillah wainna ilaihirojiun. Untuk pengetahun semua, ayah kandung saya Zainul Abadin Mat Akhir baru saja kembali ke rahmatulla tengah malam semalam dan sudah selamat dikebumikan pada pagi tadi.”

Ummi yang ditemui media berkata, dia sempat melihat arwah bapanya buat kali terakhir pada pukul 9.00 malam di pusat perubatan tersebut. Dia yang kemudiannya pulang sebentar dihubungi abangnya yang mengatakan bapanya sudah tiada hanya selepas beberapa minit sampai ke rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Ummi turut memaklumkan punca kematian Allahyarham pada usia 69 tahun adalah disebabkan komplikasi penyakit kronik. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur – Karak pada jam 10 pagi semalam. Salam takziah diucapkan buat Ummi Nazeera dan keluarga.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    November 30, 2020 at 9:28 am

    dorg ni definitely ikot muke omak ea. sebijik rupenye.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top