(TAKZIAH) Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Mentua Marsha Milan Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Dimaklumkan bahawa bapa mentua kepada pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Allahyarham Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman,60, telah disahkan menghadap Illahi pada awal pagi Sabtu.

Advertisement

Berita duka itu dikongsikan Marsha menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa bapa mertua tersayang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei bersamaan 10 Syawal 1442H…”

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar roh arwah bapa mentuanya itu di bawah rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial dan juga rakan artis tampil mengucapkan takziah di atas kehilangan tersebut.

Allahyarham Mohamed Ismail merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

 

Marsha telah mendirikan rumah tangga bersama anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tanggal 31 Disember 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Marsha Milan Londoh

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...