Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Dato’ Fazley Yaakob Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada selebrti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob dan keluarga atas pemergian bapa tercinta, Datuk Yaakob Mohammad yang telah meninggal dunia  pagi tadi. Berita sedih itu disampaikan oleh Dato’ Fazley sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.

Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. #AlFatihah

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan berdoa agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber Berita: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top