Takziah kami ucapkan kepada selebrti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob dan keluarga atas pemergian bapa tercinta, Datuk Yaakob Mohammad yang telah meninggal dunia pagi tadi. Berita sedih itu disampaikan oleh Dato’ Fazley sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.
Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini.
Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau. #AlFatihah
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan berdoa agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.