(TAKZIAH) Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Setelah Dua Minggu Dirawat Di IJN

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Setelah Dua Minggu Dirawat Di IJN

Setelah dua minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bapa kepada penyanyi Amylea Azizan, Azizan Zainal Abidin,62, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi.

Amylea
3 years ago

Keadaan Bapa Semakin Tenat, Amylea Azizan Mohon Doa Peminat

Advertisement

Berita duka itu dimaklumkan Amylea,35, menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Dia dalam pada itu turut memohon sedekah doa daripada orang ramai di atas pemergian bapa kesayangan dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Luah Amylea lagi, tiada rasa sedih yang lebih pedih selain daripada kehilangan kedua ibu bapa tercinta.

Arwah ayah adalah kurniaan yang dipinjamkan Allah kepada saya dan saya sangat bersyukur memiliki seorang bapa yang baik sepertinya. Terlalu banyak budi belum saya balas, saya harap kami akan disatukan di akhirat kelak.

Terdahulu, penyanyi lagu Kendati ada memohon sumbangan daripada orang ramai berikutan untuk membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

View this post on Instagram

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Arwah bapanya itu terpaksa dimasukkan ke hospital swasta kerana hospital kerajaan terpaksa menolak pesakit lain berikutan susulan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyebabkan kekurangan katil untuk pesakit lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...