(TAKZIAH) Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

Hiburan

(TAKZIAH) Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

Mengesahkan bapanya Aksan Abu Bakar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.57 pagi tadi, pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki mengesahkan bapanya neninggal dunia selepas menjalani satu pembedahan di HUKM Cheras semalam.

 Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

Advertisement

Afdlin berkongsi berita duka itu kepada umum di laman Instagram miliknya.

“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yang tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yang tercinta.”

Afdlin bagaimanapun tampil memohon maaf atas segala kekhilafan yang pernah bapanya lakukakan kepada semua sebelum ini.

 Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan

“Tolong ampunkan ya. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yang beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa.”

Dalam pada itu, Afdlin juga dilihat memanjatkan doa agar segala amalan yang pernah dilakukan arwah diterima olehnya.

“Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa… Assalammualaikum.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya serta rakan selebriti dilihat menzahirkan ucapan takziah arwah. Malah wujud juga segelintir pihak yang tidak ketinggalan memohon doa agar segala urusannya dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...