Penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad dilaporkan meninggal dunia pada jam 7 malam tadi dan perkhabaran duka itu disahkan oleh Liza Hanim menerusi satu hantaran Instagram.
Kata Liza, dia mendapat berita itu daripada rakan-rakan suaminya yang juga merupakan anggota Indigo namun tidak mempunyai maklumat tentang punca kematian.
Difahamkan, sahabat arwah yang dipanggil Panjang memaklumkan sebelum pulang ke rumah, Bad tiba-tiba sesak nafas di tempat kerjanya di bengkel kenderaan di Ampang, sebelum pulang ke rumah.
Sementara itu, rakan sekerja pula berkata Bad mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.
Tambahnya, urusan pengebumian penyanyi berusia 48 tahun itu akan dimaklumkan oleh pihak keluarga.