Pernah mengalami keguguran sebelum ini, Azza memberitahu beliau sekali lagi diduga apabila keguguran buat kali keempat selepas disahkan hamil enam minggu.
Buat Azza, beliau redha dengan ketentuan Allah SWT dan mempercayai beliau masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata bersama suami Azlan Zulaily.
Jelas Azza, antara punca beliau keguguran adalah kerana terlalu letih melakukan kerja berat.
Saya anggap semua ini ujian yang akan terus menguatkan diri. Belum rezeki saya untuk menjadi ibu. Suami juga sangat kuat berdepan apa yang dilalui ini. Insya-Allah kami akan terus mencuba.
Kebetulan pada 31 Januari lalu saya ada tugas mengacara di Putrajaya. Tidak elok pula rasanya jika hendak ditolak tawaran itu kerana saya sudah mengesahkannya sejak awal. Bagaimanapun saya percaya, ia memang bukan rezeki saya lagi. Malahan, sebelum itu pun ada berlaku pendarahan juga seperti fasa mengandung sebelum ini.
Siapa yang tidak sedih apabila setelah sekian lama menginginkan anak dan tiba-tiba kejadian seperti ini berlaku bukan?. Namun Azza tidak mahu terus bersedih dan ingin kembali aktif berlakon.
Pada masa yang sama Azza turut meluahkan hasratnya  untuk menjejakkan kaki di kota suci Mekah bagi memohon doa agar dapat menimbang zuriat di sana.
Takziah buat Azza dan suami, Allah SWT itu tahu anda seorang yang kuat sebab itu beliau menguji anda dengan dugaan ini agar anda terus kekal tabah dan bersabar. InshaAllah, jangan putus asa dan berdoa pasti satu hari nanti Azza akan diberikan peluang untuk menjadi seorang ibu. Aminnn..