(TAKZIAH) Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Hiburan

(TAKZIAH) Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Tidak mampu menahan perasaan sedih dalam diri, pelakon Daler Yusuf tampil memaklumkan kepada umum bahawa bapa tercintanya iaitu Dusmat Hamroyev kini disahkan meninggal dunia semalam akibat pandemik COVID-19.

(TAKZIAH) Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Advertisement

Berita duka itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram miliknya. Kata Daler, beliau turut menyifatkan tahun 2020 merupakan tahun paling sukar selepas kehilangan dua orang ahli keluarga rapat.

“Al-Fatihah kepada ayah saya. Ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini bapa saya meninggal kerana Covid-19. Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian tapi saya percaya Allah sayangkan dia lebih.”

Sementara itu, pelakon drama Encik Suami Mat salleh Celup iti, beliau difahamkan memohon doa daripada semua pihak supaya mendoakan agar keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan.

(TAKZIAH) Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana COVID-19

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Minta semua doakan saya dan keluarga kuat. Amin ya Allah swt.”

Sekitar Ogos lalu, Daler telah kehilangan neneknya selepas berada dalam keadaan kritikal akibat wabak terbabit.

(TAKZIAH) Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Sekadar informasi,  Daler merupakan seorang pelakon dan model kelahiran Uzbekistan. Namanya mula terkenal selepas membintangi drama-drama popular tempatan seperti Sebenarnya Omputih itu Isteri Aku, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...