Takziah kepada pelakon Nadiya Nisaa yang baru sahaja menghadapi dugaan yang agak besar apabila kehilangan anak keduanya yang disahkan meninggal dunia di dalam kandungan.
Perkara itu diketahui oleh Nadia dan suaminya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, Kuala Lumpur pada pagi (Ahad) semalam.
Difahamkan jenazah anaknya itu sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.
Menurut suami Nadia iaitu Saiful Razman, isterinya kini berada dalam keadaan baik tetapi masih sedikit lemah dan bersedih atas kehilangan anak mereka.
Berita sedih ini juga turut dirasai oleh peminat Nadia yang tidak henti mengucapkan takziah di akaun Instagram beliau dan berdoa agar Nadia  kekal tabah.
Kami turut mendoakan agar Nadiya Nisaa dan suaminya kuat dalam menghadapi dugaan ini. Setiap berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Bak kata pepatah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi setiap ketentuan takdir itu ditentukan oleh Allah SWT.