Takut Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak-Anak Disuntik Vaksin COVID-19

Hiburan

Takut Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak-Anak Disuntik Vaksin COVID-19

Penyanyi dan juga usahawan, Ayu Damit berkata bahawa dia tidak bersetuju jika anak-anaknya diberikan vaksin COVID-19 kerana bimbang mereka tidak mampu menahan kesan sampingan setelah mendapat suntikan itu.

Ayu Damit
3 years ago

Mahu Jadi 'Penyanyi Berilmu', Ayu Damit Sambung Belajar Di ASWARA

Advertisement

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit memaklumkan bahawa dia dan suami bimbang jika anak-anak mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat seperti orang dewasa.

Tambahan pula, anak sulungnya mempunyai antibodi yang lemah sekaligus membuatkan mereka berdua bertambah bimbang apabila memikirkan hal suntikan vaksin kepada kanak-kanak ini.

Kalau ikut suami saya, dia memang tak nak anak-anak kami disuntik dengan vaksin. Bagi dia orang dewasa ambil vaksin tak apa sebab ketahanan badan kita lain. Lagipun kanak-kanak ini kita tak tahu ketahanan badan mereka untuk menerima vaksin ini macam mana. Kesan vaksin pada orang dewasa pun agak kuat sampai demam teruk.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Permata ini memberitahu bahawa dia terpaksa membawa anak sulungnya yang kini berusia 12 tahun untuk mendapatkan vaksin kerana ia merupakan syarat wajib untuk ke sekolah.

Akur dengan keputusan itu, Ayu berkata dia enggan masalah lain pula yang bakal timbul pada masa hadapan apabila ia melibatkan urusan persekolahan dan masa depan anaknya.

Terdahulu, pelakon Fizz Fairuz dan isteri, Almy Nadia ada meluahkan rasa dan pendapat yang sama mengenai isu suntikan vaksin kepada kanak-kanak kerana bimbang si kecil tidak akan dapat menahan kesan sampingan setelah divaksin.

Sekadar info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama suami, Syed Fauzi pada thaun 2009 dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nasrul Haikal,12, Sharifah Alya Aryana,9, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...