“Takut Tak Mampu, Kos Mahal..” – Cukup Dua Orang Anak, Scha Dan Awal Ashaari Tak Mahu Anak Terabai

Hiburan

“Takut Tak Mampu, Kos Mahal..” – Cukup Dua Orang Anak, Scha Dan Awal Ashaari Tak Mahu Anak Terabai

Personaliti TV, Awal Ashaari memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai rancangan untuk mendapatkan anak lelaki bersama isteri, pelakon Scha Alyahya.

Ujar Awal, membesarkan dua anaknya kini sudah cukup mencabar dan memerlukan komitmen tinggi terutamanya dari segi kos dan masa.

Advertisement

Untuk menambah bilangan cahaya mata, saya ada bercakap dengan isteri (Scha Alyahya) cukuplah dua orang anak. Ketika anak masih kecil, memang seronok melayan. Tapi apabila mereka makin membesar, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan dengan sempurna.

Sebagai ibu bapa, kami perlu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak selain perlu memastikan kesihatan mental mereka terjaga. Sebab saya dan isteri memang sibuk. Keluar pagi, balik malam.

Namun begitu, dia tidak menolak jika mereka diberikan rezeki untuk menimang zuriat ketiga pada masa akan datang.

Ujar Awal lagi, dia menyedari bahawa kos untuk membiayai dua puterinya itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Sebagai bapa, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak terutama pendidikan. Macam Lara, saya hantar dia ke kelas itu dan ini.

Kos membesarkan anak pun sudah cukup tinggi. Tapi mungkin sebab pilihan kami sendiri juga yang mahukan terbaik buat mereka.

Sekadar info, Awal telah mendirikan rumah tangga dengan Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lara Alana, 9 dan Lyla Amina yang kini berusia 2 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syasya
1 year ago

Isu Kontroversi Minum Arak, Syasya Dolla Dikritik Buat Muka Menjengkelkan Ketika Jawab 'Interview' Wartawan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...