Takut Tak Dapat ‘Job’, Noor Khiriah Imbas Kenangan Ketika Waktu Mula Nak Berhijab

Hiburan

Takut Tak Dapat ‘Job’, Noor Khiriah Imbas Kenangan Ketika Waktu Mula Nak Berhijab

Mengakui pada awal waktu dirinya mengambil keputusan untuk mengenakan hijab, pelakon Noor Khiriah merasakan tidak yakin dengan rezeki Allah dan takut kehilangan pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon.

Mengimbas kenangan 10 tahun dahulu di laman instagramnnya, Noor Khiriah memuat naik sebuah tangkap layar mesej pesanan ringkas yang memaparkan rasa kebimbangannya itu.

Advertisement

 Dia yang turut sempat mengucapkan ucapan Selamat Maal Hijrah kepada pengikut laman instagramnnya, Noor Khiriah meluahkan rasa syukur kerana mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik pada ketika itu.

“Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka…Alhamdulillah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10.. Salam Maal Hijrah..”

Entri tersebut turut mendapat perhatian peminat malah ada yang kagum akan kesungguhan Noor Khiriah berhijrah dan masih istiqamah sehingga kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...