Takut ‘Sangkut’ Ketika Di Kaunter Imigresen? Ini Tips ‘Rare’ Untuk ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal

Travel

Takut ‘Sangkut’ Ketika Di Kaunter Imigresen? Ini Tips ‘Rare’ Untuk ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal

Jika ingin melepasi sempadan negara, sudah tentu korang perlu melepasi imigresen terlebih dahulu.

Pegawai imigresen bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan tapisan, bagi mengelakkan pelbagai kes seperti jenayah rentas sempadan dan ini agak merimaskan, lebih-lebih ketika banyak disoal siasat oleh pegawai bertugas.

Advertisement

Oleh itu, seorang individu telah berkongsi tips untuk melepasi pemeriksaan imigresen tanpa perlu banyak disoal siasat.

  • Jangan tersenyum atau tersengih dan tak perlu juga ‘buat muka’.

Tak perlu terlalu ‘try hard’ untuk memberi impresi yang baik kepada pegawai imigresen. Buat muka biasa sahaja seperti orang tiada perasaan.

  • Tak perlu terlalu peramah dengan mereka.

Pegawai imigresen mempunyai masa yang terhad untuk setiap kedatangan. Jika mereka bertanya, itu tugas mereka. Korang tak perlu ambil tugas mereka dengan tanya soalan peribadi macam “dah makan ke?”. Tak perlu.

gambar passport

  • Buka ‘jaket’ pasport dahulu.

Mereka ada banyak kerja, mudahkan kerja mereka kerana mereka perlu leretkan pasport korang atau tekapkan pada pengimbas.

  • Jawab soalan mereka seringkas mungkin.

Soalan biasa yang akan ditanya adalah, “datang sini untuk apa?” Jadi jawablah dengan tenang dan seringkas mungkin seperti “untuk bercuti”.

tiket itinerari

  • Sediakan dokumen wajib walaupun mereka tak minta.

Antara perkara wajib yang korang perlu sediakan adalah tiket itinerari pergi balik, duit tunai yang mencukupi untuk tinggal selama di sana dan bukti tempahan hotel.

  • Jika ditanya korang ada saudara mara, sahabat handai di negara yang korang nak pergi, lebih selamat cakap tiada.

Kalau korang cakap ada, mereka akan minta maklumat saudara mara korang untuk pastikan korang bercuti dan pulang semula ke tanah air.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

elak ditipu agensi pelancongan, semak dengan motac
4 days ago

Elak Ditipu Agensi Pelancongan, Ini Langkah-Langkah Yang Boleh Diikuti Untuk Semak Status Agensi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...