Takut Menaikkan Nafsu Wanita, Naim Daniel Ditegur Netizen Kerana Tidak Pakai Baju

Hiburan

Takut Menaikkan Nafsu Wanita, Naim Daniel Ditegur Netizen Kerana Tidak Pakai Baju

Pelakon dan juga penyanyi, Naim Daniel kembali menjadi tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik sekeping foto memaparkan dia tidak mengenakan sebarang baju di Instagram.

Mendapat ribuan tanda suka dan komen daripada peminat, namun ada juga merasa terpanggil untuk memberi sedikit teguran buat penyanyi lagu Sumpah itu.

Advertisement

Kata netizen, Naim tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia mungkin dapat menaikkan nafsu syahwat para wanita di luar sana apabila melihat foto seperti itu.

Digesa untuk lebih menutup aurat, Naim yang memang terkenal dengan sikap profesionalnya dilihat tidak langsung membalas sebarang komen kritikan yang ditinggalkan oleh netizen itu.

Selain itu, ada juga yang memuji dan kagum dengan tubuh badan Naim yang dilihat semakin sasa kerana dia kini juga aktif bersenam dan membuat badan.

Naim Daniel
2 years ago

"Bila Dah Sampai Ke Tahap Ini Saya Hanya Mahu 'Enjoy'" - Naim Daniel Mara Ke SFMM36

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...