Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Takut Mati Mata Tak Tutup Rapat, Sharnaaz Mahu Selesai Isu Gaduh Dengan Lisdawati

Rasanya hampir semua orang sudah terlupa akan isu pergaduhan antara Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati. Abang Nara ingatkan kedua-dua pelakon ini sudah selesaikan kontroversi itu secara diam-diam, rupa-rupanya mereka berdua masih belum berdamai. Nasib baik Sharnaaz masih berniat untuk bersemuka dan mencari jalan penyelesaian terhadap pergaduhan ini.
sharnaazKata Sharnaaz kepada MalaysianDigest:-

Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu… Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat.

Advertisement

Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya

Sementara itu Lisdawati yang dihubungi oleh Mstar Online memaklumkan yang sekiranya Sharnaaz benar-benar ikhlas, tidak perlu tunggu dirinya selesai melahirkan anak. Kata Lisdawati:-

Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin. Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai.

nisdawati

Secara jujur, Abang Nara rasa mereka berdua ini macam budak-budak gaduh rebut Choki Choki pulak. Masing-masing dah dewasa, masing-masing cari makan dalam industri yang sama. Kalau gaduh, diri sendiri yang rugi. Tak salah buang ego dan minta maaf untuk jernihkan keadaan. Lagi lama bergaduh, lagi makin susah nak minta maaf. Ajal maut kita tak tahu bila. Kang kalau mati tak sempat bermaaf-maafan, tak ke payah?

P.S: Proton Sales Road Show di Johor Bahru

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top