August 3rd, 2020

Selepas menimang cahaya mata pada 1 Julai tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Ude Wahid, kelibat pelakon Izreen Azminda kini bagai jarang muncul di kaca televisyen selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

Meskipun akui rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan, namun Izreen dikhabarkan terpaksa menolak banyak tawaran drama kerana memerlukan komitmen masa yang panjang dan suaminya juga tidak mengizinkan.

“Saya akui memang rindu nak jalani penggambaran. Dah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif macam dulu-dulu tapi memandangkan saya sudah ada keluarga jadi ia agak menyukarkan.”

Menurut Izreen, selain tak mampu memberi komitmen sepenuhnya, suaminya juga takut andai tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak akan terabai.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

“Dia takut nanti tak ada orang boleh jaga anak-anak kami. Saya pun jenis tak percaya orang jaga anak.”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Izreen dan suaminya dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

izreen azminda tak dibenarkan belakon

Bagaimanapun, Izreen menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa mereka ke sana untuk membayar denda kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Untuk rekod, Izreen berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana Salleh. Rentetan itu, Uda bertindak menceraikan isteri pertamanya itu selepas lima tahun berkahwin.


6 responses to “Takut Keluarga Terabai, Suami Tak Izin Izreen Azminda Kembali Berlakon”

  1. Nyunyu says:

    Eleh ckp je lah takde job. Nak coverline lah tuuuu

  2. Matahati says:

    Jering aku harap jgn ade lg muka kau kat tv..sbb aku tak boleh masuk mengenangkan kejalangan ko tu.
    Aku berdoa semoga ada yg sudi mngextendkn masjid kau macam ko buat sebelum ni.
    Eleh, modus operandi senang jer, taburlah duit kat ude tu sbb jering kan skrg surirumah ye dakk..

  3. Anonymous says:

    kan dapat satu ribu sehari. sebulan mesti 30,000 lebih. ude mesti pelihara bini begini, tidak berbaloi berzina sembunyi2 nanti terlepas duit itu.
    nanti pelihara semua 4 anak2 tu, kan ada emak bapa jadi bibik ambil juga pn fadillah suruh jags juga.
    buat lagi anak sondol baru jgn jarakkan nanti rugi tiada sambung perangai ude buang bini dgn anak kecil x income. keturunan izreen pengextend masjid kongsi kasih sayang leoas tu berlakon baik. sakahkan jodoh.
    drama terbaru pun tidak trending kan, keluarlah dari industri kami pun bersyukur.
    nak promosi apam mahalnya tu yg sehari dapat lebih seribu jgn lupa cukai ye.

  4. Anonymous says:

    terpaksa tolak ke takde offer pun sebenarnya… hahaha banyak lah kau laki tak izin.

  5. Elliza Razak says:

    BETINA JALANG INI LAGI.. SEMOGA KAU BERAMBUS DARI INDUSTRI INI..

Leave a Reply to Nyunyu Cancel reply

Loading...